Sunday, May 2, 2010

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Posted on Thursday, October 22 @ 00:33:23 PDT by paktam


Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan PRK Hulu Selangor masih diperkatakan disana sini. Adakah ianya merupakan petunjuk BN akan menang kembali pada PRU 13 nanti? Itulah cabaran yang menanti PAS dan PAKATAN RAKYATyang perlu ditangani dan diatasi!


Bedah-siasat secara terperinci hendaklah dijalankan, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Terutamanya berkaitan dengan sistem atau kaedah memeangi hati pengundi-pengundi. Begitu juga perlu ditubuhkan seberapa banyak cawangan disan-sini untuk menggerakkan lebih ramai ahli-ahli pas bergerak aktif mencari pendokong PAS pada setiap masa walaupun bukan di waktu dipilihanraya.


Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah amatlah dituntut, amatlah dikehendakki dan menjadi satu kemestian andainya PAS dan PAKATAN RAKYAT INGIN MENCAPAI KEMENANGAN .

Bersedialah untuk bermuhasabah dan memperbetulkan apa-apa sahaja yang perlu diperbetulkan. Inaya harus disusuli dengan keberanian untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan itu. Jadikalnha kekalahan di Bagan Pinang dan PRK Hulu Selangor itu sebagai pengajaran, supaya PAS dan PAKATAN RAKYAT dapat mengambil iktibarnya, mengkaji sebab-sebab kekalahan itu terutamanya kelemahan-kelemahan PAS dan PAKATAN RAKYATsendiri. Janganlah terlalu menyalahkan BN kerana memang itu caranya yang mana PAS dan PAKATAN RAKYAT tidak boleh berbuat apa-apa. tetapai apa yang harus dilakukan adalah memperbaiki, sistem, kaedah dan strategi yang digunakan.


Gunakanlah sepenuhnya masa yang masih ada ini, sementara masih ada lagi peluang dan ruang untuk memperbaikkki dan memperbetulkannya, sementara menunggu pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa. Renungilah kelemahan dan kealpaan, perbaikkki dan perbetulkanlah, demi mencapai kemenangan yang dihajati.


Janganlah lupa yang Najib telah pun melakukan beberapa pembaharuan yang mungkin dapat menarik segelintir pengundi kembali menyokong BN. Itulah yang perlu diawasi dan ditakuti, yang memungkinkan pakatan rakyat tumbang lagi dalam PRU 13 nanti. Janganlah terlalu lalai dan leka dengan impian menuju putra jaya, yang mana sebahagian rakyat sudahpun muak mendengarnya, sudah tidak mahu perkara itu diulang-ulang berulangkali, sudah jelak mendengarnya.


Ingatlah rakyat menyokong anda bukannya kerana misi anda hendak ke putra jaya tetapi atas sebab-sebab isu berbangkit. Utamakanlah apa yang utama. Siapa yang hendak pergi ke putra jaya itu tidak penting kepada rakyat!


Ingatlah Najib dan barisannya juga mempunyai kekuatannya terutama sekali kerajinannya bekerja. Oleh itu kekuatan Najib dan barisannya janganlah sesekali diperlekehkan atau pun dipandang rendah. Itulah kekuatannya.


Ingatlah ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, Abdullah Badawi mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, tiada daya tumpuan dan imiginasinya terbatas dan pelbagi lagi kelemahannya. Bagaimanpun kelemahan peribadinya tidak menyebabkan BN kalah tetapi sebaliknya telah menghasilkan kemenangan besar untuk BN. kemenangan paling bersejarah dalam sejarah BN. Kelantan yang dilihat kebal hampir-hampir tumbang dan menyerah kepada BN. Apatah lagi Terengganu yang baru sepenggal dikuasai PAS, jatuh tertiarap.


Ini adalah kerana beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah telah mendapat sokongan rakyat.


Bagaimanpun selepas kemenangan bergaya BN itu, regim Abdullah kembali macam asal dan bersikap retorik. Slogan-slogannya yang cukup hebat hanyalah alat permianan dan hanyalah lagu yang sedap didengar tetapi tidak dilaksanakan. Tetapi intinya tetap sama, barisan kabinetnya adalah orang-orang yang sama, membusuk dan menanah dengan pelbagai masalah rasuah, rakus, pilih kasih dan lupa diri, sama macam masa Mahathir.


Oleh itu, BN ditumbangkan pada PRU 2008, yang cukup mengejutkan, mengejutkan semua pihak, sama ada Bn ataupun piahk-pihak pembangkang! Ini adalah kerana tiada siapa pun menjangkakan hal seperti itu akan berlaku. Itulah sebenarnya KEMENANGAN RAKYAT bukannya kemenangan pakatan rakyat. Sebab itulah kedua-dua pihak, BN atau pun pakatan rakyat tidak menjangkakanya. Dan PAKATAN RAKYAT pun hanya ditubuhkan selepas itu.


Ini disebabkan semua lapisan masyarakat tidak kira pengundi Melayu, Cina ataupu India hampir kesemuanya hilang kepercayaan terhadap BN dan tidak lagi menyokong BN. bagiamana pun mereka terutamanya masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan apa-apa protes yang boleh dijadikan sebagai petunjuk yang mereka tidak menyokong BN.

Bila adakan kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan dari sepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"



Apabila Najib Razak melakukan perubahan demi perubahan dalam Umno, ianya haruslah tidak dipandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya , apa yang dilakukannya adalah untuk menarik sokongan dan gimik. kita hendaklah ingat bahawa ianya satu permainan politik yang lazimnya dapat menarik sokongan rakyat dan pengundi.


Ingatlah rakyat mungkin melihat slogan-slogan itu dari kacamata berbeza,dan mungkin juga disertai degan harapan agar ianya jadi kenyataan. Mungkin sebahagian dari rakayat lupa ianya adalah merupakan slogan-slogan palsu yang pada akhirnya menghasilkan keputusan yang amat bertentangan sekali dengan slogan-slogan itu. Jadi tugasan buat Pakatan ialah membuktikan bahawa pelaksanaan slogan-slogan dan kempen-kempen BN itu adalah palsu dan bertentangan dengan harapan rakyat!. Perkara ini mesti dilakukan sekiranya PAS dan PAKATAN RAKYAT ingin mencapai kemenangan dalam PRU KE-13 nanti.

Jangan tak buat, nanti terlewat!


Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi prestasi Pakatan, menghakimi kelemahan-lemahan wakil-wakil rakyat pakatan , meneliti keperibadian calon-calon yang ditampilkannya, memprotes janji -janjij yang mungkin belum dilaksanakan dan pelbagai isu yang tidak memuaskan hati mereka sebagi pengundi. Ingatlah kebanyakan undi rakyat sekarang ini adalah undi protes terhadap parti lawan, bukannya undi menyokong parti anda. Oleh itu cubalah kurangkan undi protes terhadap parti pakatan rakyat. Nescaya ianya akan menghasilkan pulangan yang lumayan diluar jangkaan. Ingatlah kemenangan bergaya pihak pembangkang dalam PRU 2008 adalah kerana undi protes terhadap BN.


Jika pakatan rakyat tidak melakukan apa-apa yang dapat mengurangkan undi protes terhadap pakatan rakyat, maka bersedialah menghadapi PRU ke-13 dengan
kemungkinan mendapat keputusan muram, yang menyedihkan buat pembangkang pada PRU13 nanti. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan ianya tidak memihak kepada BN pula.


Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal, agar persiapan untuk menghadapi PRU ke13 itu dilipatgandakan dari sekarang, yang mana salah silap itu dapat diperbetul dan diperkemaskan. Ini adalah kerana pakatan menghadapi BN yang pastinya akan menggunakan segala jentera kerajaan dan kuasa yang ada padanya untuk mencapai kemenangan. Jia pakatan rakyat lali atau pun terleka walaupun sedikit, pastinya ia akan menguntungkan BN.


Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab besar kerajaan-kerajaan negeri Pakatan untuk memastikan segala janji-janji yang dibuat olehnya dilaksanakan sepenuhnya dan wakli-wakil rakyat hendaklah menjalankan pelbagai aktiviti supaya mereka dilihat sentiasa hampir dengan rakyat.


PAKATAN RAKYAT MESTI BERSIAP SEDIA!

Sediakan persiapan menghadapi pilihanraya buat Pakatan cipta sejarah PRU13



Mempersiapkan segala persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan semestinya bermula dari sekarang, dengan andaian ianya tidak semudah Mac 2008.

Rasanya pilihan raya akan diadakan bila-bila masa, sebaik saja Najib Razak merasakan suasana dan persekitaran politik lebih memihak BN dan menyerkup Pakatan Rakyat.


Dalam situasi dan posisi Pakatan yang dilihat agak sukar, persiapan seharusnya lebih rapi dan sistematik, didahului kajian mendalam di lapangan, dan mengambil kira segala sumber kekuatan dan punca kelemahan.


Harus diingat, mood pengundi bukan dibentuk sekelip mata. Ia dibina, diperkukuh dan disuburkan melalui faktor sekeliling, juga sentimen serta 'gelombang' semasa, dan pastinya prestasi dan track record setiap calon atau parti yang bertanding mestilah diberi perhatian kerana ianya menjadi perhatian utama para pengundi.


Oleh itu setiap peluang yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya dan setiap kelemahan jangalah dipandang remeh, ianya harus diperbaikki, mungkin ianya kecil pada pandangan anda tetapi ianya merupakan perkara yang penting kepada pengundi. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang semakin cerdik-pintar berpolitik dan dah tahu taktik mendapatkan keuntungan maksima untuk rakyat dengan memperalatkan parti-parti politik pula akibat tindakan melampau BN memperalatkan rakyat untuk kepentingan golongan elit BN.


Rakyat sudah sedar, rakyat sudah faham dan tahu hak-hak mereka serta cara-cara untuk mengajar ahli-ahli politik yang hanya tahu bercakap tetapi tidak melaksanakan apa-apa yang dijanjikannya. Apatah lagi kalu wakil-wakil rakyat itu begitu sombong, begitu berlagak, malas turun padang berjumpa rakyat dan hanya masa pilihanraya baru tuturun berjumpa pengundi-pengundi. Selain dari tugas membuat dasar yang memihak kepada rakyat, para pengundi juga berharap wakil-wakil rakyat rajin-rajinlah menjenguk pengundi dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi menunjukkan bahawa wakil-wakil rakyat iu memang rajin bekerja.



Jika wakil-wakil rakyat pakatan semuanya rajin-rajin belaka, maka Pakatan Rakyat tidaklah harus pesimis atau terlalu bimbang -dengan jangkaan bahawa rakyat akan kembali menyokong BN. Teori pendulum bukan kemestian, ianya hanya berlaku andainya wakil-wakil rakyat PR tidak melaksanakan harapan yang diharapkan oleh para pengundi dan sekiranya wakil-wakil rakyat itu bersikap lupa diri serta asyik mementingkan diri sendiri dan menjauhkan diri dari pengundi-pengundi.


Ingatlah bahawa pengundi-pengundi memahami yang mereka itu adalah raja dan hakim semasa pilihanraya, yang pastinya tidak akan melepaskan peluang bagi menghukum sesiapa jua yang alpa, yang sombong, yang bongkak, yang menunjukkan kuasa, yang malas bekerja dan apa sahaja perkara yang tidak memuaskan hati rakyat.


Rakyat juga seperti sudah memahami manfaat kebaikan sistem dua parti (biarpun ia belum terlaksana sepenuhnya), dan dijangka mereka akan memberikan peranan lebih besar buat pembangkang, tidak kira di Dun mahupun Parlimen. Semakin sengit parti-parti bersaing meraih sokongan dan berusaha menabur bakti sehebat mungkin, keuntungan akhirnya buat rakyat jua. Disitulah kemenangan rakyat.


"Bagi saya mudah saja," kata seorang pensyarah sains kemanusiaan di sebuah IPTA bagi meredakan kerisauan saya dan menyangkal dakwaan PAS mungkin hilang sokongan dalam PRU13, "wakil rakyat Pakatan, khususnya PAS, mesti tunjuk teladan unggul, rajin menjenguk kawasan, kerap berdialog dengan masyarakat, selesaikan segera isu berbangkit terutama berkaitan kemudahan awam, tidak menumpukkan kekayaan peribadi, mudah didampingi, proaktif, memeriahkan kegiatan surau-masjid dan tidak bertangguh menangani masalah.


Rakyat memerhatikan kita, dan tentunya rakyat tidak mudah termakan propaganda murahan jika kita sentiasa bergerak cergas bersama mereka, bukannya terpencil dalam kelompok elit." (Memang ungkapannya nampak mudah tapi tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan terutama bagi mereka yang hanya mahu meraih keuntungan peribadi).

Tambahnya lagi, "Dan di negeri Pakatan, buktikan kita lebih bersih daripada negeri lain di bawah BN, sekurang-kurangnya lampu jalan biarlah menyala dengan terang, jalan-jalan yang berlopak tu hendaklah diturap dengan cepat dan cantik, sampah-sampah hendaklah diangkut ikut jadual, longkang-longkang tidak lagi tersumbat, kawasan permainan terjaga. Jangan remehkan aspek-aspek itu." Dan, serentak dengan itu, ujar pensyarah berkenaan lagi, Pakatan akan lebih dipercayai, diakui tidak khianati amanah, sebaliknya berlaku adil, benci rasuah, membela orang susah dan memiliki sifat-sifat luhur lain. Oleh itu, katanya, usah risau sangat kita akan kalah sekiranya sudah cukup amal bakti kita kepada rakyat.


Dalam pada itu, surat dari Mohd Noor Jamil, Sg Siput (U) Perak kepada saya mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tolong tonjolkan imej positif, tunjukkan persefahaman dan kerjasama erat kepada rakyat. Tolong buang sifat ego dan merasakan diri lebih baik daripada pihak lain. Dan tolong bantu rakyat dengan lebih berkesan, terutama di negeri Pakatan. Misalnya dari segi pemilikan aset, masih ramai rakyat hidup menumpang terutama di luar bandar dan estet. Usahakan pemberian tapak-tapak rumah jika tidak mampu menyediakan rumah ..."


Terselit juga SMS tanpa penama di telefon bimbit saya: "Antara aktor besar yang menyebabkan kejatuhan BN 2008 adalah Mahathir, tetapi kini beliau tak bersama dengan rakyat lagi berjuang untuk menjatuhkan kepimpinan BN. Sebaliknya beliau kembali menjadi pendokong kuat BN. Oleh itu bersedialah ..."

II.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Harakah berperanan secara lebih berkesan bagi menepis dan menangkis tohmahan Umno-BN bahawa Pakatan Rakyat dan PAS mengetepikan, atau meminggirkan, Islam dan Melayu dalam pemerintahan dan perjuangannya. Umum mengetahui bagaimana hebatnya Umno mencanangkan - dengan mengemukakan 'fakta' palsu berkaitan kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor - kononnya komitmen Islam PAS makin cair dalam usaha mengambil hati pemimpin DAP dan KeADILan. Dikhuatiri jarum halus Umno itu berjaya membuatkan pengundi Melayu hilang pertimbangan.


"Umno," kata Idris, "menegaskan Islam dan Melayu akan tergugat jika kuasa mereka hilang. Bagi mereka PAS-Pakatan tidak boleh melindungi Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya, berdasarkan fakta, pemimpin Umnolah yang mengkhianati Islam dan Melayu.

Lihatlah bagaimana Umno merobohkan masjid di Bujal, Kemaman. Kemudian menutup Surau Jubli Perak di Bangi, menutup surau di Seksyen Lapan dua mingggu sebelum Ramadan 2007 dan merobohkan surau di Kampung Berembang. Timbalan Presiden Umno kini, ketika itu Menteri Besar Johor mengubah cuti hujung minggu daripada Jumaat kepada Ahad, tapi sekarang masuk kampung menuduh PAS-Pakatan mengkhianati agama Islam."


Insya-Allah, secara bersiri Harakah bukan saja berusaha menyanggah tohmahan jahat itu, malah cuba menonjolkan 'jenayah' Umno terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, selama lebih 50 tahun memerintah. Sikap hipokrasi Umno, yang cuba berlagak sebagai juara agama, pembela bangsa dan pendokong raja mesti didedahkan secara meluas. Banyak fatwa yang diputuskan mufti, seperti larangan bertafakur dan meletakkan kalung bunga di Tugu Negara serta peraturan Jakim tentang panduan hiburan diketepikan begitu saja. Pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kesalahan berganda itu, dan bukannya menyorok di sebalik lalang dengan memainkan sentimen dan emosi perkauman yang cukup berbahaya.

III.

Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober 2009 lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan. Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.

Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen. Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang. Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh.