| Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN |
Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan PRK Hulu Selangor masih diperkatakan disana sini. Adakah ianya merupakan petunjuk BN akan menang kembali pada PRU 13 nanti? Itulah cabaran yang menanti PAS dan PAKATAN RAKYATyang perlu ditangani dan diatasi!
Bedah-siasat secara terperinci hendaklah dijalankan, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Terutamanya berkaitan dengan sistem atau kaedah memeangi hati pengundi-pengundi. Begitu juga perlu ditubuhkan seberapa banyak cawangan disan-sini untuk menggerakkan lebih ramai ahli-ahli pas bergerak aktif mencari pendokong PAS pada setiap masa walaupun bukan di waktu dipilihanraya.
Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah amatlah dituntut, amatlah dikehendakki dan menjadi satu kemestian andainya PAS dan PAKATAN RAKYAT INGIN MENCAPAI KEMENANGAN .
Bersedialah untuk bermuhasabah dan memperbetulkan apa-apa sahaja yang perlu diperbetulkan. Inaya harus disusuli dengan keberanian untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan itu. Jadikalnha kekalahan di Bagan Pinang dan PRK Hulu Selangor itu sebagai pengajaran, supaya PAS dan PAKATAN RAKYAT dapat mengambil iktibarnya, mengkaji sebab-sebab kekalahan itu terutamanya kelemahan-kelemahan PAS dan PAKATAN RAKYATsendiri. Janganlah terlalu menyalahkan BN kerana memang itu caranya yang mana PAS dan PAKATAN RAKYAT tidak boleh berbuat apa-apa. tetapai apa yang harus dilakukan adalah memperbaiki, sistem, kaedah dan strategi yang digunakan.
Gunakanlah sepenuhnya masa yang masih ada ini, sementara masih ada lagi peluang dan ruang untuk memperbaikkki dan memperbetulkannya, sementara menunggu pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa. Renungilah kelemahan dan kealpaan, perbaikkki dan perbetulkanlah, demi mencapai kemenangan yang dihajati.
Janganlah lupa yang Najib telah pun melakukan beberapa pembaharuan yang mungkin dapat menarik segelintir pengundi kembali menyokong BN. Itulah yang perlu diawasi dan ditakuti, yang memungkinkan pakatan rakyat tumbang lagi dalam PRU 13 nanti. Janganlah terlalu lalai dan leka dengan impian menuju putra jaya, yang mana sebahagian rakyat sudahpun muak mendengarnya, sudah tidak mahu perkara itu diulang-ulang berulangkali, sudah jelak mendengarnya.
Ingatlah rakyat menyokong anda bukannya kerana misi anda hendak ke putra jaya tetapi atas sebab-sebab isu berbangkit. Utamakanlah apa yang utama. Siapa yang hendak pergi ke putra jaya itu tidak penting kepada rakyat!
Ingatlah Najib dan barisannya juga mempunyai kekuatannya terutama sekali kerajinannya bekerja. Oleh itu kekuatan Najib dan barisannya janganlah sesekali diperlekehkan atau pun dipandang rendah. Itulah kekuatannya.
Ingatlah ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, Abdullah Badawi mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, tiada daya tumpuan dan imiginasinya terbatas dan pelbagi lagi kelemahannya. Bagaimanpun kelemahan peribadinya tidak menyebabkan BN kalah tetapi sebaliknya telah menghasilkan kemenangan besar untuk BN. kemenangan paling bersejarah dalam sejarah BN. Kelantan yang dilihat kebal hampir-hampir tumbang dan menyerah kepada BN. Apatah lagi Terengganu yang baru sepenggal dikuasai PAS, jatuh tertiarap.
Ini adalah kerana beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah telah mendapat sokongan rakyat.
Bagaimanpun selepas kemenangan bergaya BN itu, regim Abdullah kembali macam asal dan bersikap retorik. Slogan-slogannya yang cukup hebat hanyalah alat permianan dan hanyalah lagu yang sedap didengar tetapi tidak dilaksanakan. Tetapi intinya tetap sama, barisan kabinetnya adalah orang-orang yang sama, membusuk dan menanah dengan pelbagai masalah rasuah, rakus, pilih kasih dan lupa diri, sama macam masa Mahathir.
Oleh itu, BN ditumbangkan pada PRU 2008, yang cukup mengejutkan, mengejutkan semua pihak, sama ada Bn ataupun piahk-pihak pembangkang! Ini adalah kerana tiada siapa pun menjangkakan hal seperti itu akan berlaku. Itulah sebenarnya KEMENANGAN RAKYAT bukannya kemenangan pakatan rakyat. Sebab itulah kedua-dua pihak, BN atau pun pakatan rakyat tidak menjangkakanya. Dan PAKATAN RAKYAT pun hanya ditubuhkan selepas itu.
Bila adakan kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan dari sepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"
Apabila Najib Razak melakukan perubahan demi perubahan dalam Umno, ianya haruslah tidak dipandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya , apa yang dilakukannya adalah untuk menarik sokongan dan gimik. kita hendaklah ingat bahawa ianya satu permainan politik yang lazimnya dapat menarik sokongan rakyat dan pengundi.
Ingatlah rakyat mungkin melihat slogan-slogan itu dari kacamata berbeza,dan mungkin juga disertai degan harapan agar ianya jadi kenyataan. Mungkin sebahagian dari rakayat lupa ianya adalah merupakan slogan-slogan palsu yang pada akhirnya menghasilkan keputusan yang amat bertentangan sekali dengan slogan-slogan itu. Jadi tugasan buat Pakatan ialah membuktikan bahawa pelaksanaan slogan-slogan dan kempen-kempen BN itu adalah palsu dan bertentangan dengan harapan rakyat!. Perkara ini mesti dilakukan sekiranya PAS dan PAKATAN RAKYAT ingin mencapai kemenangan dalam PRU KE-13 nanti.
Jangan tak buat, nanti terlewat!
Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi prestasi Pakatan, menghakimi kelemahan-lemahan wakil-wakil rakyat pakatan , meneliti keperibadian calon-calon yang ditampilkannya, memprotes janji -janjij yang mungkin belum dilaksanakan dan pelbagai isu yang tidak memuaskan hati mereka sebagi pengundi. Ingatlah kebanyakan undi rakyat sekarang ini adalah undi protes terhadap parti lawan, bukannya undi menyokong parti anda. Oleh itu cubalah kurangkan undi protes terhadap parti pakatan rakyat. Nescaya ianya akan menghasilkan pulangan yang lumayan diluar jangkaan. Ingatlah kemenangan bergaya pihak pembangkang dalam PRU 2008 adalah kerana undi protes terhadap BN.
Jika pakatan rakyat tidak melakukan apa-apa yang dapat mengurangkan undi protes terhadap pakatan rakyat, maka bersedialah menghadapi PRU ke-13 dengan
kemungkinan mendapat keputusan muram, yang menyedihkan buat pembangkang pada PRU13 nanti. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan ianya tidak memihak kepada BN pula.
Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal, agar persiapan untuk menghadapi PRU ke13 itu dilipatgandakan dari sekarang, yang mana salah silap itu dapat diperbetul dan diperkemaskan. Ini adalah kerana pakatan menghadapi BN yang pastinya akan menggunakan segala jentera kerajaan dan kuasa yang ada padanya untuk mencapai kemenangan. Jia pakatan rakyat lali atau pun terleka walaupun sedikit, pastinya ia akan menguntungkan BN.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab besar kerajaan-kerajaan negeri Pakatan untuk memastikan segala janji-janji yang dibuat olehnya dilaksanakan sepenuhnya dan wakli-wakil rakyat hendaklah menjalankan pelbagai aktiviti supaya mereka dilihat sentiasa hampir dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment